BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

ABOUT ME


















Assalamualaikum. Nama saya Mohd Halim bin Marzuki. Saya merupakan seorang guru yang sedang mengikuti program master di UPSI secara sepenuh masa dengan tajaan penuh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang pengajian saya ialah Pendidikan Sains Sekolah Rendah ( Primary Science Education ). Saya berpengalaman di dalam bidang pendidikan selama 13 tahun dan sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di UPSI.


Saya amat berharap agar dapat berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi di sini kepada semua warga pendidik dan anak-anak murid yang dikasihi khususnya. Saya amat percaya semua warga pendidik di Malaysia, khususnya guru-guru sains perlu berupaya untuk menjadi guru yang luarbiasa, kreatif, kritis, inovatif dan berkarisma tinggi bagi melaksanakan segala tanggungjawab dengan sepenuh hati.


Semua murid di Malaysia berhak mendapat pendidikan sains yang berkualiti, setanding dengan negara-negara membangun dan moden yang lain. 'No One Left Behind' . Saya amat yakin generasi guru hari ini mampu membawa pendidikan pada satu aras yang jauh lebih baik bagi memenuhi aspirasi negara membina sebuah negara maju berasaskan kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu segala bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan kefahaman dan kebolehan murid perlu diketengahkan dan dipraktikkan dengan mengambil semua aspek keseimbangan rohani dan jasmani.

No comments:

Post a Comment